salam kelkatu....

Wash-shalaatu was-salaamu 'alaa asyrafil anbiyaa'i wal-mursaliin, sayyidinaa wa habbibinaa wa syafi'inaa wa nabiyanaa wa maulanaa Muhammad shallallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam. Amma ba'du.

Segala puji dan syukur hanya milik Allah swt., Pencipta dan Penguasa jagat raya beserta sekalian isinya. Shalawat serta salam semoga senantiasa tercurah pada junjungan kita Nabi Besar Muhammad saw. beserta para keluarga, sahabat, dan pengikutnya yang setia sampai akhir zaman

hai bloger sumer!!

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi baca blog ni dan beri komen yang positif. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk improvekan lagi blog ni. Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada beberapa hari lepas dari seluruh dunia

Sabtu, Mei 08, 2010

CINTA TERPAKSA

Ada orang kata berbohong itu baik , ada juga orang kata berbohong itu salah dan ada juga orang kata berbohong mengikut keadaan juga baik dan dengan itu istilah " berbohong " tidaklah mengaitkan kepada sesuatu kesalahan .

Tetapi masa sekarang ramai yang mengunakan alasan berbohong mengikut keadaan untuk mengelakkan sesuatu kesilapan yang telah dibuat begitu juga berbohong dalam "percintaan" . Tidak semuanya setiap pasangan mampu untuk berterus - terang secara 100% demi untuk mendapatkan segala kepercayaan dalam menempuhi dunia cinta.

http://darahmerdeka.files.wordpress.com/2008/05/love2.jpg

"Bohonglah kau tak pernah menyintai dia , aku lihat 24jam kau asyik berkepit dengan dia "

Kadang - kadang kita melihat pasangan itu bahagia tetapi bahagia sangatkah? dan kekadang kita melihat senyuman seseorang mungkin aspek pertama kita mungkin akan katakan ialah "gembiranya" tetapi setiap insan tidak boleh untuk mengetahui rahsia disebalik senyuman , ada senyuman terpaksa ada juga senyuman derita , riak wajah tidak semestinya mengambarkan emosi seseorang individu tersebut tetapi kita hanya dapat meramal.

http://muharrikdaie.files.wordpress.com/2009/03/cinta-burung.jpg
"Aku terpaksa menyintai dia kerana ingin melihatnya gembira , ingin aku terangkan hal sebenar bahawa aku tidak menyintai dia walau sesaat pun tapi aku tak ingin lihat dia sedih dan hampa"


Ayat di atas membawa maksud yang sangat mendalam , atas kerana tidak ingin mengecewakan orang atau sahabat baik kita lantaran kita menerima cinta yang tak sepatutnya bagi diri kita bak kata lain " tersepit dalam cinta " . Berpura menyintai dan menyayangi . Mr J percaya tiada sesiapa pun sanggup melukai orang yang menyintai kita apa lagi melihat orang yang menaruh harapan yang tinggi , tetapi kerana kesilapan dalam permulaan cinta terpaksa telah menyebabkan kita akan berasa gelisah.

Dan sampai satu ketika nanti , kita perlu juga memberitahu perkara yang sebenarnya dan sampai satu saat nanti kita akan melihat dia bersedih , kerana "cinta terpaksa" ...


*tetapi "cinta terpaksa kalau disemai akhirnya berbunga juga ..

Tiada ulasan:

jiwang tapi bermakna.....renungkan...

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

gadis...

GADIS DALAM MIMPI


adakah engkau untukku wahai bidadari kecil
bahkan dalam mimpi tiada kulihat indahmu
untuk itukah engkau diciptakan ?
Kiranya Bukan hanya aku………………
Tuhan pun ingin melihat senyum manismu

untukmu aku tiada berarti lagi
putih hatimu tertutup untuk kesombonganku
sanjungan dimulut manismu berubah jadi caci maki
kau kunci pintu masuk untuk ruang hatiku

hai gadis dalam mimpiku
tersenyumlah untuk waktu yang ada
saat kita bisa saling tertawa pada hari
saat kau dan aku hanya diam saling mengerti

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’!
Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’!
Jalan kemenangan Akhirat dan Dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

kau kupu-kupu

Dulu beku!
sayap sayap yang kaku & lemah..
kabarku?! Dulu sepi & hanya suara hati. Tersedu sendiri,
kadang tak peduli!
Pada rintih hati yang mengadu pada salju & pohon mati!
Aku berjalan merunduk, bergesek daun daun berserak pilu! Mencari tawa & sungging senyum di taman taman bisu.. Tersandung & terjatuh, batu batu yang bertebar..
Kaki, terluka & berdarah…
Seabad bersama sunyi!
Dan sebelum mati, biasan kehangatan,
cairkan bau kehampaan.. ah Kaulah musim semiku…
Nafas - nafasmu yang dirindukan kupu - kupu..

takdir kelkatu

posted by kelkatu

Kulangkahkan kakiku menelusuri jalan yang berliku
Berusaha sekuat tenaga melewati tebing curam itu
Semakin melangkah semakin berat beban itu
Jatuh bangun tak terasa olehku

Tapi kini
Jalan yang kulewati tiada lagi
Yang kulihat hanya tebing menjulang tinggi
Haruskah aku berhenti sampai disini
Meratapi nasib yang tak kunjung henti

Sampai bila semua inikan berlalu
Tanpa ada lagi jalan yang berliku
Hingga kudapat melangkah maju
Dengan hati penuh haru

Al-fatihah....

Al-fatihah....
mulakan dengannya....

hakikat????

KELKATU
KKomited
EEmosional
LLemah-lembut
KKreatif
AAmanah
TTulus
UUntung
Apa ada pada nama?