salam kelkatu....

Wash-shalaatu was-salaamu 'alaa asyrafil anbiyaa'i wal-mursaliin, sayyidinaa wa habbibinaa wa syafi'inaa wa nabiyanaa wa maulanaa Muhammad shallallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam. Amma ba'du.

Segala puji dan syukur hanya milik Allah swt., Pencipta dan Penguasa jagat raya beserta sekalian isinya. Shalawat serta salam semoga senantiasa tercurah pada junjungan kita Nabi Besar Muhammad saw. beserta para keluarga, sahabat, dan pengikutnya yang setia sampai akhir zaman

hai bloger sumer!!

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi baca blog ni dan beri komen yang positif. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk improvekan lagi blog ni. Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada beberapa hari lepas dari seluruh dunia

Rabu, Disember 31, 2008

aku disampingmu


kenapa pagi ini kau sepi
bibirmu ucap data kata
aku benar-benar sendiri
begitu statusmu tertera

diri sepi asa sunyi hampiri kini
tersekat pekat dan terbekap singkap
daku rasai tuk kini jadi penyangga hati
buat sobat agar rasa bisa terungkap

:selalu kukata

"kimi wa hitori janai, atashii ga sobani iru"
>> kamu tak sendiri, ada aku disampingmu

:maka untukmu

"jangan kau selami sepi sendiri"
>> tersenyumlah selalu walau untukku

Sabtu, Disember 27, 2008

laut dan pulau...............


LAUT itu adalah ketenangan

yang tak menjanjikan kedamaian

sering diselubungi ombak

keganasan

PULAU itu adalah kedamaian

yang tak pernah menjanjikan ketenangan

sering diselubungi rimbunan

kegelisahan

Antara LAUT & PULAU

adalah cebisan kehidupan

merentasi perjalanan kemanusiaan

menyelusuri pelayaran keinsanan

yang bernafas di dalam

pengabdian..***

.....

EQ**(~_~)

Rabu, Disember 24, 2008

cinta...


Cinta….

  • Sesuatu percintaan yg terjalin di antara dua insan itu tidak ada kemesraan atau kemanisannya skiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
  • Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekati akan terbakar terperangkap ke dalamnya.
  • Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu
  • limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
  • Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta.
  • “Cinta adalah kasih sayang yang melimpah”. Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.
  • Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yang tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.
  • Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya rumahtangga.
  • Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.
  • Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.

Selasa, Disember 23, 2008

doa untuk kekasih...


Doa untuk kekasih

‘Bingkisan doa’

Ya Allah..

Seandainya telah Engkau catatkan..

Dia milikku tercipta buatku..

Satukanlah hatinya dengan hatiku..

Titipkanlah kebahagian antara kami..

Agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah..

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih..

Seiringkanlah kami melayari hidup ini..

Ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi Ya Allah..

Seandainya telah Engkau takdirkan..

Dia bukan milikku..

Bawalah ia jauh dari pandanganku..

Luputkanlah ia dari ingatanku..

Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah

Ya Tuhanku

Yang Maha Mengerti..

Berikan aku kekuatan..

Melontar bayangannya

Jauh ke dada langit..

Hilang bersama

Senja nan merah..

Agarku bisa bahagia..

Walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan Ya Allah yang tercinta..

Gantilah yang telah hilang.,

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..

Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya tuhanku..

Pasrahkanlah aku

Dengan takdirmu..

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..

Adalah yang terbaik buatku..

Kerana Engkau mengetahui..

Segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah..Cukuplah engkau sahaja

Yang menjadi pemeliharaku..

Di dunia dan di akhirat..

Dengarlah rintihan dari hamba Mu

Yang daif ini…Jangan engkau biarkan aku sendirian..

Di dunia ini mahupun akhirat..

Menjuruskan aku ke lembah maksiat dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..

Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..

Ke jalan yang engkau redhai

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin..Ya Rabbal a’lamin…

Doa mencintai Allah

‘ Ya Allah kurniakanlah untukku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan diriku kepada cintaMu. Ya Allah..segala pemberianMu yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu, segala yang engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku. Ya Allah berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu berbanding cintaku kepada yang lain selainMu. Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk mencintaiMu, para malaikat, Nabi-nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah..hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku hambaMu yang engkau cintai. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam setiap usahaku’…Ameen..

don't late....


If you're mad with someone,
and nobody's there to fix the
situation...

You fix it.

Maybe today, that person still wants to be your friend.
And if you don't, tomorrow can be too late.

If you're in love with somebody,
but that person doesn't
know...
tell her/him.
Maybe today, that person is also in love
with you.
And if you don't say it,
tomorrow can be too late.

If you still love a person that you think
has forgotten you... tell her/him.
Maybe that person has always loved you.
And if you don't tell her/him today,
tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend...ask her/him
for it.
May be she/he needs it more than you do.
And if you don't ask for it today,
tomorrow can be too late.

If you really have friends whom you
appreciate...tell them.
Maybe they appreciate you as well.
And if you don't and they leave or go far
away today, tomorrow can be too late.

If you love your parents, and never had the
chance to show them... do it.
Maybe you have them there to show them
how you feel.
And if you don't and they leave today,
then tomorrow can be too late.

tujuh ayat cinta


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 1.bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4.insyaallah:jika ingin mùelakukan sesuatu pada masa akan datang. 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Isnin, Disember 22, 2008

perempuan baek.....


Perempuan yang baik

Pastinya akan terus baik

Dengan menghargai

Kehidupan yang dianugerahi

Dan untuk kesekian kalinya

Perempuan yang baik

Akan menjejaki belukar maya

Penuh tertib dan hati-hati.

Dan dia akan menghulurkan

Cinta hatinya

Hanya untuk insan

Yang berhati mulia

Kerana baginya

Cinta miliknya adalah

Cinta yang tinggi nilaiannya

Dan ia mahu bahagia

Dengan cinta yang

Disuburwangikan.

Untuk selamanya

Perempuan yang baik akan

Terus baik. (~_~)

sayap terluka


Sayap Terluka

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama kupuja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
hingga akhir nanti

Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi

di sebalik rahsia cinta



Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan

Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati

Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Sabtu, Disember 20, 2008

9 Pembaziran Yg Sering Kita Lakukan...


9 Pembaziran Yg Sering Kita Lakukan...


"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan

- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

ISLAM YANG KEJAM...


10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

air sembahyang


AIR SEMBAHYANG "


1.
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

indahnya...


Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wani ta yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Jumaat, Disember 19, 2008

perempuan itu lemah.....


Ujar lelaki, wanita itu lemah Ujar wanita, mereka adalah lembut Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya Namun Ad a yang tidak rela mengakuinya Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton TV sambil tergelak Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersadar semula seperti tadi Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

6 rahsia...


•kepada allah swt lalu ia berkata dalam sujud :

"ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

•kemudian allah swt berfirman yang bermaksud:

"wahai jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."

marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

•allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat.

•allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat.

•allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di dalam al-quran.

•allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan.

•allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

•allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari

Khamis, Disember 18, 2008

doa lah.........

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN?

dosanya Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baikditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.


Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Rabu, Disember 17, 2008

mawarku...


Mawar Hitam

Hadirmu sekuntum bunga
Mawar merah segar
Menghias jendelaku
Harum baumu

Setia engkau menanti
Kala aku pergi
Dan aku kembali di sini

Inikah wajahmu sebelum ku tinggalkan
Kemana merahmu kemana baumu
Ku terpegun sendiri
Di jendela ku menyepi

Entah ada jawapan dihari esok
Kemana merahmu kau mawar hitam
Mengapa layu dan durimu semakin tajam
Mengapa tiada seri lagi dan baumu pun menghilang
Kemanakah arah tujuan ku disisimu mawar hitam

KU MENANTI


Tetap Menanti

Ku rasakan hangatnya cinta
Kenanganku penjara sepi
Darjat dan harta angkara cinta kita
Hingga mereka lupakan diri sesama insan
Aku yang terhina

Ku melangkah mencari arah
Mana cahaya penghidupanku
Semua impian terbelenggu menyepi
Tetap menanti segala janji yang kita bina untuk selamanya

Hati merintih tanpa melayang lagi
Cinta yang parah melanda hidup menekam jiwa
Rindu kepadamu

Isnin, Disember 15, 2008

amatilah...

MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat".

H.R.Baihaqi

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

dengarkanlah....

MUKADDIMAH

Hari kiamat pasti akan terjadi.
Di saat itu, langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan, bumi dan seisinya akan hancur lebur.......

Sebelum itu banyak peristiwa yang akan mendahuluinya, sebagai petanda hampir tiba saatnya................
Kemerosotan umat Islam, para ulama berkurangan, ujian berat terhadap iman, kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat, keruntuhan moral, gempa bumi demi gempa bumi, peperangan demi peperangan.....

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[101.1] Hari yang menggemparkan,

[101.2] Apa dia hari yang menggemparkan itu?

[101.3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -

[101.4] (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

[101.5] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

[101.6] Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -

[101.7] Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

[101.8] Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -

[101.9] Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

[101.10] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

[101.11] (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

-SURAH AL'QAARIAH

Sabtu, Disember 13, 2008

aku....dan wanita....


betul ker wanita yang lawa tu kn tgk pada giginyer??

Jumaat, Disember 12, 2008

kelebihan jumaat

INGIN TAHU KELEBIHAN HARI JUMAAT?

“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:

  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.

p/s: agar dapat dikongsi bersama.

di sebalik rahsia cinta...



Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia Ketika kita sama dikota cinta Kenikmatan pengabdian yang suci Dan di waktu itu kau dan aku satu Berlindung di dalam kebesaran Tiada kenal erti perpisahan Penuh restumu oh Tuhan... Dan kini kita terbuang di awangan Terpisahlah dari kenyataan Lalu ada yang terlupa pada perjanjian Kerna leka dengan kepalsuan Tersesat kita dalam perjalanan Kau dan aku kini bertemu kembali Menunaikan perjanjian sejati Dalam suka duka jauh terpisah Terbukalah rahsia cinta

Khamis, Disember 11, 2008

abadikah???

Redup matamu bagai petanda lepas gerimis Yang tersimpul bagai terkunci mengikat diri Kalaulah aku mempunyai kuasa sakti Akan ku ubah duka hidupmu jadi bahgia Cermin dirimu cuba kenali diri sendiri Sebagai mana engkau kenali cinta misteri Lihatlah di langit sana Mentari merah menyinar Itulah di umpamakan satu pengorbanan ku Ku rela di perhambakan andai itu kau inginkan Ku oh bukanlah seorang pujangga Ku hanya mampu merancang dan berusaha Untuk kita berdua Cuba renungkan masa hadapan bersamaku Pastikan corak hidupmu akan jadi bersinar ~kelkatuyangnakal~

Rabu, Disember 10, 2008

ciri-ciri wanita solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

selamat

SALAM AIDIL ADHA


1. AIR MATA NABI ADAMTahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata burung-burung tersebut. Beliau menyangka burung-burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Jumaat, Disember 05, 2008

sesuaTU

Sesuatu Terjadi Ada Pengajarannya...

Menjalani hidup hari ke sehari... usia sesorang.. ada kah.. meningkatnya usia..maka pemikiran seseorang itu sama juga matangnya??? Bagi ku. tidak, kerana byk contoh yang terlah kulihat dan sedikit sebanyak dpt pengajaran darinya.

Berfikir secara bijak dan mengambil tindakan yang waras itu yang perlu pada zaman sekarang ini. Aku ingin menjadi seorang yang matang.. bukan dari segi usia tetapi pemikiran.. hmmmm harap tahun nie.. ada sesuatu yang indah dan yang terindah akan terjadi...

indahnya....

Yang Indah .... Pastikah Akan Terjadi

Yang Indah.... hmmm dlm dunia nie.. semua harap yg terindah. Bagi aku.. indah dari segala segi.. kehidupan dunia dan akhirat.

Manusia dilahirkan telah ditetapkan ketentuannya... cuma kita diberi fikiran untuk memilih jalan yang terbaik.. bagi aku.. jalan itu lah yang amat sukar.. dihadapkan dengan berbagai pilihan tetapi kita masih gagal memilih dari yang baik dari yang terbaik. Itulah yang dinamakan suratan dalam kehidupan.

Khamis, Disember 04, 2008

akulah si kelkatu....


kelkatu itu sangat kasihan tenggelam.. terkapai-kapai dilopak air sayap nipisnya lencun kebasahan kelkatu malang itu disaat itu apalah lagi ikhtiar yang tinggal terus degil bertahan dengan sabar agar sayapnya lekas-lekas sembuh agar dia bisa kembali mengepak sayapnya mengerumun kemilau cahaya seperti selalu-selalu lama lagikah? ah! dia sendiri pun tidak tahu sedang nuraninya benar-benar ingin beredar dari lopak air penuh derita itu untuk sebuah kehidupan yang berlapik kenyataan lepaskanlah sayap kenangan terindah kerana biar tanpa sayap engkau tetap juga si kelkatu

iman

3 syarat keMANISAN iMaN

3 syarat keMANISAN iMaN
Sabda Nabi SAW, "Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu : hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka." (Riwayat Bukhari & Muslim)

coretanku...



jiwa kelkatu....

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Rabu, Disember 03, 2008

gugurnya bunga cinta


buat teman2 yang dalam kesunyian......

waras ke?


Ketidakwarasan Padaku
-untukmu sahabat- ketidakwarasan padaku membuat bayangmu slalu ada menentramkan malamku mendamaikan tidurku ketidakwarsan padaku membuat hidupku lebih tenang aku takkan sadari bahwa kau tak lagi di sini aku mulai nyaman berbicara pada dinding kamar aku takkan tenang saat sehatku datang ketidakwarasan padaku slimut tebal hati rapuhku berkah atau kutukan namamu yang ku sebut.....

curang


Curang


Bagaikan tiada lagi Mentari pagi hari Suram dan kelam Dan aku pun menyendiri Perginya entah kemana membawa hati luka Kerna kucurang Pada cinta yang kau serah Dan bagaimanakah Harus kubawa engkau semula Kembali bersama Menyusuli cinta kita dulu Kugenggam baramu Walaupun panas tak ku terasa Demi mu kuingin kembali Pasti tak kuulangi Pulanglah oh sayang Bersama salju rindu kasihmu Izinkan ku kembali lagi di hatimu Biarpun payah kau terima Pasti kucuba
Laksamana

Gugurnya Bunga cinta

Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan

Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh

Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang...

Isnin, Disember 01, 2008

aku kah??

BUNGACINTAKU
BUNGACINTAKU magnify

Inilah cinta: membumbung ke langit,
setiap saat mengoyak seratus cadar,
mula-mula, mengingkari hidup
akhirnya, melangkah tanpa kaki,
menganggap dunia ini tak tampak,
mengganggap sepi semua yang muncul di benak.

KAULAH CINTAKU CAYANG

KAULAH CINTAKU CAYANG
KAULAH CINTAKU CAYANGmagnify
CAHAYA AURAT
Ribuan jilbab berwajah cinta
Membungkus rambut, tubuh sampai ujung kakinya
Karena hakekat cahaya Allah
Ialah terbungkus di selubung rahasia
Siapa bisa menemukan cahaya?
Ialah suami, bukan asal manusia

Jika aurat dipamerkan dikoran dan dijalanan
Allah mengambil kembali cahaya-Nya
Tinggal paha mulus dan leher jenjang
Tinggal bentuk pinggul dan warna buah dada

Para lelaki yang melototkan mata
Hanya menemukan benda
Jika wanita bangga sebagai benda
Turun ke tingkat batu derajat kemakhlukannya
Jika lelaki terbius oleh kekayaan dunia
Luntur manusianya
(petikan kata2 dari seberang)

jiwang tapi bermakna.....renungkan...

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

gadis...

GADIS DALAM MIMPI


adakah engkau untukku wahai bidadari kecil
bahkan dalam mimpi tiada kulihat indahmu
untuk itukah engkau diciptakan ?
Kiranya Bukan hanya aku………………
Tuhan pun ingin melihat senyum manismu

untukmu aku tiada berarti lagi
putih hatimu tertutup untuk kesombonganku
sanjungan dimulut manismu berubah jadi caci maki
kau kunci pintu masuk untuk ruang hatiku

hai gadis dalam mimpiku
tersenyumlah untuk waktu yang ada
saat kita bisa saling tertawa pada hari
saat kau dan aku hanya diam saling mengerti

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’!
Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’!
Jalan kemenangan Akhirat dan Dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

kau kupu-kupu

Dulu beku!
sayap sayap yang kaku & lemah..
kabarku?! Dulu sepi & hanya suara hati. Tersedu sendiri,
kadang tak peduli!
Pada rintih hati yang mengadu pada salju & pohon mati!
Aku berjalan merunduk, bergesek daun daun berserak pilu! Mencari tawa & sungging senyum di taman taman bisu.. Tersandung & terjatuh, batu batu yang bertebar..
Kaki, terluka & berdarah…
Seabad bersama sunyi!
Dan sebelum mati, biasan kehangatan,
cairkan bau kehampaan.. ah Kaulah musim semiku…
Nafas - nafasmu yang dirindukan kupu - kupu..

takdir kelkatu

posted by kelkatu

Kulangkahkan kakiku menelusuri jalan yang berliku
Berusaha sekuat tenaga melewati tebing curam itu
Semakin melangkah semakin berat beban itu
Jatuh bangun tak terasa olehku

Tapi kini
Jalan yang kulewati tiada lagi
Yang kulihat hanya tebing menjulang tinggi
Haruskah aku berhenti sampai disini
Meratapi nasib yang tak kunjung henti

Sampai bila semua inikan berlalu
Tanpa ada lagi jalan yang berliku
Hingga kudapat melangkah maju
Dengan hati penuh haru

Al-fatihah....

Al-fatihah....
mulakan dengannya....

hakikat????

KELKATU
KKomited
EEmosional
LLemah-lembut
KKreatif
AAmanah
TTulus
UUntung
Apa ada pada nama?