salam kelkatu....

Wash-shalaatu was-salaamu 'alaa asyrafil anbiyaa'i wal-mursaliin, sayyidinaa wa habbibinaa wa syafi'inaa wa nabiyanaa wa maulanaa Muhammad shallallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam. Amma ba'du.

Segala puji dan syukur hanya milik Allah swt., Pencipta dan Penguasa jagat raya beserta sekalian isinya. Shalawat serta salam semoga senantiasa tercurah pada junjungan kita Nabi Besar Muhammad saw. beserta para keluarga, sahabat, dan pengikutnya yang setia sampai akhir zaman

hai bloger sumer!!

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi baca blog ni dan beri komen yang positif. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk improvekan lagi blog ni. Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada beberapa hari lepas dari seluruh dunia

Jumaat, April 02, 2010

PINGUIN YANG MANJA


Suatu petang yang damai, angin sepoi2 bahasa, langit membiru, Mak Senah dan Pak Kassim keluar berjalan2. Biasalah,dah pencen tak de kerja nak buat petang2,ambik angin pusing2 bandar. Mereka tak duduk kat kampung. Katanya kolot. Huh! Meterial pulak orang tua ni.... Tiba2 di tengah jalan yang tak berapa ramai sangat orang sebab orang tak balik kerja lagi kan, mereka ternampak seekor penguin sesat. Tak tahu la pulak dari mana datangnya penguin tersebut. Mak berlakulah situasi seperti hari demikin berlaku........ "Oh..Terkejut benor rasenya ade penguin tengah2 bandar ni kan darling. Apa ke pelik sangat ni? Kita nak buat ape dengan natang ni ha???"gumam Pak Kassim. "A'ah kan.. Tapi saya tahu ape na buat ni dear. Kita mintak tolong dengan polis la nak?" Mak Senah memberi cadangan. Jadi mereka pun berjumpa la dengan polis peronda di hujung kedai Sari Tambi di hujuuuuung jalan. Pasangan bahagia tu pun menceritakan lah kronologi bagaimana pertemuan mereka dengan penguin tersebut. "Mmmm.. Saya rasa cadangan terbaik adalah membawa penguin ini ke zoo", cadang polis lelaki itu. "Cadangan yang baik sekali",kata Mak Senah dengan hati gembira. Lalu mereka pun membawa bersama penguin tersebut ke zoo. ............ Keesokan harinya ketika polis lelaki tersebut membuat rondaan seperti hari2 sebelumnya ternampaklah pasangan semalam masih bersama dengan penguin itu lagi. Dia mula berasa hairan sambil garu siku. Tabiat agaknya. Dia menghampiri pasangan tersebut. "Saya ingatkan kamu dah bawak binatang ni ke zoo". "Well, kitorang dah bawak dah penguin ni pergi zoo semalam, dan kitorang gembira sangat2. Tengah hari ni hajatnya kitorang nak bawak penguin ni pergi tengok wayang, lepas tu petang ni nak pergi makan2 kat Manhattan Fish Market", kata Pak Kassim bersungguh2 sambil Mak Senah angguk2 kepala. Polis tu terkedu tak terkata. Akhirnya polis tu pencen sebab masalah mental. Mungkin jugak dulu Pak Kassim dan Mak Senah adalah pegawai polis berpangkat tinggi.......

2 ulasan:

pingu berkata...

hihihi pingu yg ni manja x?
nk kacau blog ni

pingu berkata...

pingu....pingu nk buat onar kt cni...lalala

jiwang tapi bermakna.....renungkan...

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

gadis...

GADIS DALAM MIMPI


adakah engkau untukku wahai bidadari kecil
bahkan dalam mimpi tiada kulihat indahmu
untuk itukah engkau diciptakan ?
Kiranya Bukan hanya aku………………
Tuhan pun ingin melihat senyum manismu

untukmu aku tiada berarti lagi
putih hatimu tertutup untuk kesombonganku
sanjungan dimulut manismu berubah jadi caci maki
kau kunci pintu masuk untuk ruang hatiku

hai gadis dalam mimpiku
tersenyumlah untuk waktu yang ada
saat kita bisa saling tertawa pada hari
saat kau dan aku hanya diam saling mengerti

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’!
Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’!
Jalan kemenangan Akhirat dan Dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

kau kupu-kupu

Dulu beku!
sayap sayap yang kaku & lemah..
kabarku?! Dulu sepi & hanya suara hati. Tersedu sendiri,
kadang tak peduli!
Pada rintih hati yang mengadu pada salju & pohon mati!
Aku berjalan merunduk, bergesek daun daun berserak pilu! Mencari tawa & sungging senyum di taman taman bisu.. Tersandung & terjatuh, batu batu yang bertebar..
Kaki, terluka & berdarah…
Seabad bersama sunyi!
Dan sebelum mati, biasan kehangatan,
cairkan bau kehampaan.. ah Kaulah musim semiku…
Nafas - nafasmu yang dirindukan kupu - kupu..

takdir kelkatu

posted by kelkatu

Kulangkahkan kakiku menelusuri jalan yang berliku
Berusaha sekuat tenaga melewati tebing curam itu
Semakin melangkah semakin berat beban itu
Jatuh bangun tak terasa olehku

Tapi kini
Jalan yang kulewati tiada lagi
Yang kulihat hanya tebing menjulang tinggi
Haruskah aku berhenti sampai disini
Meratapi nasib yang tak kunjung henti

Sampai bila semua inikan berlalu
Tanpa ada lagi jalan yang berliku
Hingga kudapat melangkah maju
Dengan hati penuh haru

Al-fatihah....

Al-fatihah....
mulakan dengannya....

hakikat????

KELKATU
KKomited
EEmosional
LLemah-lembut
KKreatif
AAmanah
TTulus
UUntung
Apa ada pada nama?