salam kelkatu....

Wash-shalaatu was-salaamu 'alaa asyrafil anbiyaa'i wal-mursaliin, sayyidinaa wa habbibinaa wa syafi'inaa wa nabiyanaa wa maulanaa Muhammad shallallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam. Amma ba'du.

Segala puji dan syukur hanya milik Allah swt., Pencipta dan Penguasa jagat raya beserta sekalian isinya. Shalawat serta salam semoga senantiasa tercurah pada junjungan kita Nabi Besar Muhammad saw. beserta para keluarga, sahabat, dan pengikutnya yang setia sampai akhir zaman

hai bloger sumer!!

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi baca blog ni dan beri komen yang positif. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk improvekan lagi blog ni. Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada beberapa hari lepas dari seluruh dunia

Jumaat, April 30, 2010

bersyukurkah aku???


ya allah tibe2 dia datang mengundang aku ke alam baru…sejujur nya itu yg aku mahu selama ini…itu yang aku idam-idamkan selama ini…

dan syg nya engkau padaaku hingga kau tunaikan segala permintaan ku ya allah….alhamdulilah…syukur aku panjatkan…tiada tuhan yang aku sembah melainkan kau ya allah dan nabi itu pesuruh allah…

ya allah aku karam dgn perasaan aku sndr….aku karam dlm pemikiran aku sendiri…betapa hina nya diri ini pabila diberi nikmat ia lupa pada pemberi nikmat….tidak bertambah amalan ku…tidak bertambah tahajud ku…malah semakin merosot kerana fikiran melayang entah ke mana…fikiran fokuskan dunia hingga akhirat aku abaikan…

ampunkan hamba mu ini ya allah….ampunkan hamba mu ini dalam melayari kehidupan ini ya allah….terlalu rapuh iman ku hingga nikmat yang sedikit engkau beri, terus aku lalai dengan diri sndiri….ampunkan aku ya rabb kerana terlalu asyik dgn dunia, terlalu asyik dgn cinta, terlalu terpesona dgn nikmat yg sedikit ini…

walhal, nikmat mata yang kau beri utk aku melihat tidak aku syukuri dlm solat pdmu….nikmat tangan utk menulis tidak aku gunakan utk menolong mereka yg susah, nikmat mulut yg kau beri tidak aku syukuri dgn ertasbih, bertahmid pada mu….aku sia-sia kan nikmat itu kerana terpesona dgn nikmat yg satu ini kau beri….

ya allah..hamba ini mohon ampun padamu…hamba ini terlalu kerdil dan hina dalam bersyukur pd mu…hamba mu tiada tempat utk mengadu selain engkau ya allah….hati ku begitu bahagia sekali…tetapi aku tidak mahu kebahagiaan ini mencalarkan cinta ku padamu…aku tidak mahu bahagia nya aku ini mengundang jinaknya nafsu….aku tidak mahu allah…aku takut ya rabb…

ya allah…tenangkan hati ini menerima nikmat mu…bahagiakan hati ini seiring dgn syariat mu…kurniakan hati ini cinta MU…kurniakan hati ini tetap pd agama mu…kurniakan hati ini lebih berkuasa dari nafsu syaitan yg durjana….ya allah…iman di hati ini terlalu rapuh ya allah…jgn kau bolak balikkan hati ini setelah kau beri petunjuk ya allah…ya allah….bantu aku ya allah dlm menangani nikmat mu….bantu aku allah….bantu aku allah….

namun di akhir kalam…SYUKUR ALHAMDULILAH ALLAH kerana masih memberi tgn utk aku menulis….memberi mata utk melihat…diberi otak utk berfikir secara rasional dan diberi hati utk melalui perasaan yg menggembirakn ini…SYUKUR!!…terima kasih ALLAH….

Selasa, April 27, 2010

hatiku milik dia>?


Kau sadarkan aku
Kau bukanlah kekasihku
Namun tak terhindar
Kau merebut hatiku

Kau goda diriku
Dengan seribu bayang manismu
Sungguh ku tak mampu
Menghindari indahnya dirimu

Bukan maksudku tak santun padamu
Tapi kau bawa diriku jauh kesana

Kuingini ku angani kuhasrati dirimu
Kunikmati kusayangi di hangat mimpiku

Kata bijak berungkap
Cinta tak selalu memiliki bukan berarti
Kan kusisihkan
Takkan ku sisihkan angan padamu dewiku

Jumaat, April 23, 2010

pilunya air matamu.....


hapus air matamu
aku tak ingin kau menangis lagi sayang
yakinkan hati diantara resahmu
diriku takkan memilih meninggalkanmu

sekian waktu bersama
tak mudah tuk menepis semua kenyataan

kita berbeda jalani keyakinan
tapi kau yang kuinginkan dari segalanya

di setiap rinduku hanya memanggilmu
kuyakin kau pun mengerti
ku tak ingin menanggalkan hati

sayangku dengarkan aku
tak mungkin ku melepasmu
kan kupertahankan kau cintaku
dan semua air matamu yang berarti di hidupku selalu


sayangku dengarkan aku
tak mungkin ku melepasmu
bawalah cintaku bersamamu
karena ku tetap milikmu selamanya dan abadi selalu

buat cikgu zaleha


cikgu.... kau bagaikan lilin menerangi alam tanpa mengira diri yang terbakar menghiasi kamar tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa.. mengharungi pahit getir kehidupan di hujung dunia… memberi inspirasi & keyakinan diri kepada para pelajarnya melakari pelbagai jiwa yang mentah dan muda mencabar minda dengan satu tujuan agar suatu hari nanti pelajarnya berjaya...

Khamis, April 22, 2010

tinggalkan aku


Kadang-kadang terasa diri bagaikan tiada arah yg ditujui...Adakah aku sudah sesat?
Tiada membawa erti kepada sesiapa,apatah lagi aku dianggap yang paling membebankan.Itu sangat menyedihkan..Keyakinan yg dirasai mula lenyap,mula terbarai,tidak lagi merasai sesuatu yang istimewa..

Mahu sahaja aku menyorok jasad yang tak keruan ini,menghilangkan diri menonjol kehadapan...Seperti tidak mahu berhadapan dengan sesiapa

jangan....


Mungkin aku memang tak sempurna
Tak seperti apa yang kau inginkan
Namun pernahkah kau sadari
Aku mencintaimu setulus hatiku

Karena aku mencintaimu
Bukan untuk memiliki dirimu
Maafkanlah aku yang bersalah kepadamu

Bila Rasa itu tlah berubah
Aku akan berhenti berharap
Dan 'kan ku relakan kau pergi

Karena aku mencintaimu
Bukan untuk menyakiti dirimu
Maafkanlah aku yang bersalah kepadamu

kekalutan jiwa kelkatu


Hati ini selalu tertanya2 sendiri... kenapa sesuatu yang kita nak sangat lupa or hilangkan dari ingatan, itulah perkara yang paling susah nak buat?? kenapa??? kenapa orang yang kita nak lupa or padam dari kotak ingatan ni selalu sangat muncul dalam bayangan, dalam mimpi or even dalam realiti itu sendiri?? apa yang perlu dilakukan untuk hilangkan gundah dihati, sesak di jiwa, kabut di minda?? sesak nafas kadang2 bila terfikir benda2 yang sedih yang tak boleh nak lupa.. kalau boleh dalam hidup ni, tak nak langsung ada perkataan kenapa muncul sebab selalunya jawapan yang diharap tak pernah kunjung tiba... wahai diri, sabarlah hadapi segala..wahai hati, tabahlah mengharungi....

Selasa, April 13, 2010

aku takut kehilanganmu..


saat kuterima sms di pagi buta
kuterbangun untuk melihat isinya
kumerenung , melihat apa yang kubaca, sempat tak percaya namun tak bisa berkata apa"
sedih, resah,gelisah, dan tak percaya melihat isi dari beritanya
indah kita jalani, kesulitan kita hadapi, kau tak tergantikan selamanya
tak ada tawamu di antara kita lagi
pupus sudah semua cita" yang kita bangun selama ini

bulan menghantarkan pengalaman indah kita semua
matahari akan selalu mengingatkan tawamu

ketabahanmu dan semua cerita saat bersamamu
cerita tak tergantikan oleh siapapun

maaf belum terlontar
kami terus belajar, walau hanya sebentar.
rencana yang telah kita susun di waktu yang terbatas
harus kandas di tengah jalan
kesedihan tetap ada di hati teman" semua

Iringan doa akan kami kumandangkan
Di akhir kisah perjalananmu...

Khamis, April 08, 2010

TIADA LAGIKAH KEJUJURAN DI HATIMU??


Ruang yang sepi tanpa kau menemani 'tika kau masih ku sayangi Banyak salah sangka diantara kita akhirnya ku tinggal sendiri. Maafkan aku untuk sekali ini aku janjikan kau bahagia. Seluruh jiwaku merayu padamu beri ku peluang kembali. Katakanlah kepada ku dimanakah mekar cinta. Aku tak ingin lagi berteman sepi dengan bayangmu. Katakanlah kepadaku milik siapa hati ini. Biar ku telan pahitnya hatiku kan kekal selamanya. Kehidupan ku hanya menyintaimu namun masih kosong dan sepi. Ku tetap menanti moga kau kembali dan kita bersama berdua.

Jumaat, April 02, 2010

alamak!!!!


Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ita: Ya, saya percaya.
Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!..

PINGUIN YANG MANJA


Suatu petang yang damai, angin sepoi2 bahasa, langit membiru, Mak Senah dan Pak Kassim keluar berjalan2. Biasalah,dah pencen tak de kerja nak buat petang2,ambik angin pusing2 bandar. Mereka tak duduk kat kampung. Katanya kolot. Huh! Meterial pulak orang tua ni.... Tiba2 di tengah jalan yang tak berapa ramai sangat orang sebab orang tak balik kerja lagi kan, mereka ternampak seekor penguin sesat. Tak tahu la pulak dari mana datangnya penguin tersebut. Mak berlakulah situasi seperti hari demikin berlaku........ "Oh..Terkejut benor rasenya ade penguin tengah2 bandar ni kan darling. Apa ke pelik sangat ni? Kita nak buat ape dengan natang ni ha???"gumam Pak Kassim. "A'ah kan.. Tapi saya tahu ape na buat ni dear. Kita mintak tolong dengan polis la nak?" Mak Senah memberi cadangan. Jadi mereka pun berjumpa la dengan polis peronda di hujung kedai Sari Tambi di hujuuuuung jalan. Pasangan bahagia tu pun menceritakan lah kronologi bagaimana pertemuan mereka dengan penguin tersebut. "Mmmm.. Saya rasa cadangan terbaik adalah membawa penguin ini ke zoo", cadang polis lelaki itu. "Cadangan yang baik sekali",kata Mak Senah dengan hati gembira. Lalu mereka pun membawa bersama penguin tersebut ke zoo. ............ Keesokan harinya ketika polis lelaki tersebut membuat rondaan seperti hari2 sebelumnya ternampaklah pasangan semalam masih bersama dengan penguin itu lagi. Dia mula berasa hairan sambil garu siku. Tabiat agaknya. Dia menghampiri pasangan tersebut. "Saya ingatkan kamu dah bawak binatang ni ke zoo". "Well, kitorang dah bawak dah penguin ni pergi zoo semalam, dan kitorang gembira sangat2. Tengah hari ni hajatnya kitorang nak bawak penguin ni pergi tengok wayang, lepas tu petang ni nak pergi makan2 kat Manhattan Fish Market", kata Pak Kassim bersungguh2 sambil Mak Senah angguk2 kepala. Polis tu terkedu tak terkata. Akhirnya polis tu pencen sebab masalah mental. Mungkin jugak dulu Pak Kassim dan Mak Senah adalah pegawai polis berpangkat tinggi.......

Al-Fatihah buat allahyarham.......DIN BERAMBOI (Mior Ahmad Fuad Mior Badri)


Din Beramboi meninggal Dunia, takziah buat ahli keluarga Din Beramboi, Al Fatihah…

Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 pagi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.

jiwang tapi bermakna.....renungkan...

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

gadis...

GADIS DALAM MIMPI


adakah engkau untukku wahai bidadari kecil
bahkan dalam mimpi tiada kulihat indahmu
untuk itukah engkau diciptakan ?
Kiranya Bukan hanya aku………………
Tuhan pun ingin melihat senyum manismu

untukmu aku tiada berarti lagi
putih hatimu tertutup untuk kesombonganku
sanjungan dimulut manismu berubah jadi caci maki
kau kunci pintu masuk untuk ruang hatiku

hai gadis dalam mimpiku
tersenyumlah untuk waktu yang ada
saat kita bisa saling tertawa pada hari
saat kau dan aku hanya diam saling mengerti

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’!
Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’!
Jalan kemenangan Akhirat dan Dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA!

kau kupu-kupu

Dulu beku!
sayap sayap yang kaku & lemah..
kabarku?! Dulu sepi & hanya suara hati. Tersedu sendiri,
kadang tak peduli!
Pada rintih hati yang mengadu pada salju & pohon mati!
Aku berjalan merunduk, bergesek daun daun berserak pilu! Mencari tawa & sungging senyum di taman taman bisu.. Tersandung & terjatuh, batu batu yang bertebar..
Kaki, terluka & berdarah…
Seabad bersama sunyi!
Dan sebelum mati, biasan kehangatan,
cairkan bau kehampaan.. ah Kaulah musim semiku…
Nafas - nafasmu yang dirindukan kupu - kupu..

takdir kelkatu

posted by kelkatu

Kulangkahkan kakiku menelusuri jalan yang berliku
Berusaha sekuat tenaga melewati tebing curam itu
Semakin melangkah semakin berat beban itu
Jatuh bangun tak terasa olehku

Tapi kini
Jalan yang kulewati tiada lagi
Yang kulihat hanya tebing menjulang tinggi
Haruskah aku berhenti sampai disini
Meratapi nasib yang tak kunjung henti

Sampai bila semua inikan berlalu
Tanpa ada lagi jalan yang berliku
Hingga kudapat melangkah maju
Dengan hati penuh haru

Al-fatihah....

Al-fatihah....
mulakan dengannya....

hakikat????

KELKATU
KKomited
EEmosional
LLemah-lembut
KKreatif
AAmanah
TTulus
UUntung
Apa ada pada nama?