Doa untuk kekasih
‘Bingkisan doa’
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah..
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah
Ya Tuhanku
Yang Maha Mengerti..
Berikan aku kekuatan..
Melontar bayangannya
Jauh ke dada langit..
Hilang bersama
Senja nan merah..
Agarku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang.,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah Ya tuhanku..
Pasrahkanlah aku
Dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambamu ini..
Ya Allah..Cukuplah engkau sahaja
Yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu
Yang daif ini…Jangan engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke lembah maksiat dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..
Amin..Ya Rabbal a’lamin…
Doa mencintai Allah
‘ Ya Allah kurniakanlah untukku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan diriku kepada cintaMu. Ya Allah..segala pemberianMu yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu, segala yang engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku. Ya Allah berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu berbanding cintaku kepada yang lain selainMu. Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk mencintaiMu, para malaikat, Nabi-nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah..hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku hambaMu yang engkau cintai. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam setiap usahaku’…Ameen..